MAHASITUA YANG DIBERI PELUANG
PERIHAL UNIVERSITI Pengenalan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditubuhkan pada 1 Mei 1997 melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 132 & 133, bertarikh 24 Februari 1997, melalui dua buah Perintah iaitu Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997. Penubuhan UPSI adalah bagi memenuhi keperluan peningkatan pembinaan sumber daya manusia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan bersahsiah mulia dalam bidang-bidang sains, teknologi, pengurusan serta bidang-bidang bahasa, kesusasteraan, kesenian dan kebudayaan dengan penekanan khusus kepada unsur pendidikan. Lokasi Kampus UPSI memiliki dua buah kampus pengajian,iaitu Kampus Sultan Abdul Jalil Shah dan Kampus Sultan Azlan Shah. Sehingga kini, kampus utama UPSI terletak di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah yang terletak di kawasan bandar Tanjong Malim iaitu di selatan negeri Perak Darul Ridzuan bersempadan dengan negeri Selangor Darul Ehsan,manakala Kampus Sultan Azlan Shah di Behrang Ulu masih dalam perancangan. Visi Universiti Menjadi Universiti yang bitara, cemerlang dalam kepemimpinan pendidikan berlandaskan kegemilangan sejarah serta menerajui perubahan global. Misi Universiti Menjana dan menatar ilmu menerusi pengajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan dan khidmat masyarakat, dalam konteks pembangunan insan untuk mencapai wawasan negara.